• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

FTC berusaha sekali lagi pisahkan WhatsApp dan Instagram daripada Facebook

  • OLEH Najib
  • 4:12 pm
  • 23/08/2021
  • Komen
FTC berusaha sekali lagi pisahkan WhatsApp dan Instagram daripada Facebook

fznor

Share on FacebookShare on Twitter

Federal Trade Commission, sebuah badan bebas yang ditubuhkan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk memantau anti monopoli perniagaan dan memperkasa pengguna. Hari ini, FTC telah membuat aduan anti monopoli terhadap syarikat gergasi media sosial, Facebook.

Dalam aduan tersebut, FTC mendapati bahawa Facebook telah menjalankan rancangan beli atau menjatuhkan lawan secara tidak sah, untuk mengekalkan penguasaan mereka di media sosial.



FTC menambah, Facebook telah berulang kali gagal dalam membangunkan ciptaan baru yang bermakna di dalam aplikasi mudah alih mereka. Sebaliknya, Facebook membeli dan mengambil alih lawan mereka, termasuk Instagram dan WhatsApp, yang memiliki fungsi yang lebih berjaya dari apa yang cuba Facebook bangunkan.

antara pengambil alihan syarikat oleh Facebook

FTC juga menyatakan, Facebook memancing pelbagai pembangun aplikasi ke platform mereka tetapi menjatuhkan pembangun ini aplikasi mereka ancaman kepada Facebook.



Aduan ini sebenarnya adalah cubaan kali kedua oleh FTC terhadap Facebook. Pada bulan Jun lepas, Mahkamah Perskutuan AS telah menolak tuntutan FTC yang menuduh Facebook telah mengamalkan sikap monopoli. FTC dikatakan gagal membuktikan tuntutan mereka.

Dalam aduan yang dikemaskini, FTC telah memuatkan maklumat baru untuk mengukuhkan lagi tuntutan mereka. Antaranya adalah langkah Facebook memiliki dan menjalankan Instagram dan WhatsApp, telah menumpulkan usaha pihak lawan dan melindungi Facebook daripada usaha baru ke dalam rangkaian media sosial peribadi menerusi perkongsian gambar dan permesejan mudah alih.

Facebook juga terus memantau industri media sosal tentang sebarang persaingan dan akan berusaha untuk mengambil alih syarikat yang dilihat cuba menjadi pesaing kepada monopoli media sosial mereka.

There was no valid claim that Facebook was a monopolist — and that has not changed. Our acquisitions of Instagram and WhatsApp were reviewed and cleared many years ago, and our platform policies were lawful.

— Meta Newsroom (@MetaNewsroom) August 19, 2021

Sudah pasti, Facebook menolak tuduhan oleh FTC ini. Ia kerana pengambil alihan WhatsApp dan Instagram telah dikaji dan diluluskan berulang kali sejak beberapa tahun lalu. Malah, peraturan di platform mereka juga sah di sisi undang-undang.

Walaupun Facebook telah mengambil alih berpuluh-puluh syarikat, lima perkhidmatan mereka yang paling dikenali ramai adalah Facebook, Messenger, WhatsApp, Instagram dan Oculus VR.

Facebook pernah cuba mengambil alih Snapchat yang popular dengan Story terpadam sendiri selepas 24 jam. Setelah gagal, Facebook melancarkan fungsi yang sama ke dalam Instagram, dan diluaskan lagi ke aplikasi Facebook dan WhatsApp.

[Sumber: TheNextWeb]

Tags: FacebookFTCinstagramwhatsapp
Najib

Najib

POPULAR

FTC berusaha sekali lagi pisahkan WhatsApp dan Instagram daripada Facebook

FTC berusaha sekali lagi pisahkan WhatsApp dan Instagram daripada Facebook

23 August 2021
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN